BLOG INI TELAH DI KUNJUNGI PELAWAT DARI NEGARA - NEGARA BERIKUT

free counters

Total Pageviews

Friday, December 16, 2011

Negara Republik

Impian seorang Budak Kampung.

1. Saya selalu mengimpikan Sarawak merdeka dari Persekutuan Malaysia dan menjadi Sebuah negara merdeka dan berdaulat. Namun begitu, ini cuma mimpi ngeri sahaja kerana bukannya senang untuk merdeka daripada sesebuah negara yang baru dibentuk. Selatan Sudan telah berjuang berdekad-dekad untuk menuntut kemerdekaan dari persekutuan dan banyak darah telah diitumpahkan. Begitu jua dengan Timur Leste dimana ramai "pemberontak" telah terkorban di tangan Tentera Nasional Indonesia. Banyak lagi peristiwa yang dasyat berlaku dalam proses kemerdekaan sesebuah negara.

2. Sarawak merupakan negeri terbesar dalam Malaysia dan mempunyai hasil bumi yang sangat banyak. Balak, Minyak dan Gas asli, Arang Batu dan banyak lagi. Namun, Sarawak tetap mundur dan masih diketegorikan sebagai negeri termiskin. Mengapakah ini boleh berlaku dan dimanakah hasil bumi Sarawak?

3. Kalau dahulu British memperkenalkan sistem ekonomi terbuka dan sistem pelajaran standard Cambridge ke Sarawak. Sarawak membangun dengan pesat walaupun British membawa pulang hasil bumi ke Britian ekoran revolusi Industri (Industrial Revolution). Namun Ratu tidak menabaikan kebajikan rakyat Sarawak. Bandar Kuching terus dimajukan dan menjadi pusat pentadbiran. Miri turut dibangunkan untuk mengali minyak.

4. Selepas Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963, Sarawak telah jatuh kedalam jajahan baru, iaitu Jajahan Malaya. Apa yang Sarawak nikmati hari ini adalah hasil daripada "kecuaian" pemimpin kita masa pra-suruhanjaya Cobbold. Kita akui bahawa kesultanan Brunei tidak dapat memajukan Sarawak memandangkan Kesultanan Brunei adalah kerajaan yang lemah. Sebab itu Sarawak diserahkan kepada James Brooke dan seterusnya di ambil alih oleh Kerajaan British selepas dinasti Brooke

5. Tindakan terburu-buru dalam pempersetujui Suruhanjaya Cobbold adalah titik tolak memyebabkan Sarawak jatuh ke lembah kehancuran. Selepas 1963, kerajaan persekutuan mengubah semua sistem secara mendadak. Sistem Pelajaran standard Cambridge ditukar kepada sistem pendidikan kebangsaan dan semua sekolah mengguna bahasa penghantar, Bahasa Malaysia. Hasil bumi disalurkan ke Tanah Melayu dan Sarawak mendapat sedikit pulangan daripada sumbangan tersebut. Pemimpin Dayak digulingkan untuk memartabatkan penguasaan etnik Melayu dalam politik negara.

6. Apakah kesalahan Sarawak sekiranya mereka tidak menyertai persekutun Malaysia? Tiada. Sarawak mungkin akan jatuh ke tangan Indonesia. Itulah sebab Sukaerno mengistiharkan konfrantasi untuk menjadikan Sarawak sebahagian daripada Indonesia raya. Namun, Brunei tidak di apakan-apakan oleh keturunan Suluk walaupun mereka memilih untuk tidak menyertai persekutuan.

7. Menyertai Tanah Melayu bukan sahaja satu kesilapan malah kehancuran kepada Sarawak. Saya amat mencemburui Hong Kong yang begitu maju semasa pemerintahan British. Jajahan British adalah lebih baik daripada Jajahan Malaya. Namum begitu berkerajaan sendiri itu adalah lebih baik.

8. Hari ini Sarawak terpaksa akur dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Malaya dan terus dipimpin oleh diktator. Walaupun Malaya memperkenalkan sistem raja berpelembagaan, Sarawak tidak bernaung di bawah raja kerana Sarawak bukan tanah orang melayu. Mahu tidak mahu mereka terpaksa akur dengan sistem yang tidak relevan. Sistem demokrasi dan kerajaan yang adil juga tidak dilihat di Sarawak. Diktator terus di kekalkan demi menguatkan kuasa Jajahan Malaya. Sungguhpun rakyat sarawak tidak menyukai diktator, mereka terpaksa akur kerana mereka telah lama hidup miskin dan bergantungan pada ekonomi ala Kesultanan Siam. Kena hantar ufti kalau tak nak negeri di serang askar.

9. Sebenarnya Sarawak ini sangat elok. Rakyatnya aman damai, Masjid boleh didirikan di tepi Gereja. Hari Jumaat Masjid riuh dan Gereja sunyi. Hari ahad, Gereja pula riuh dan masjid sunyi. Orang Sarawak tidak membakar rumah ibadat agama lain. Gerai Mee babi boleh berada berdekatan gerai mee jawa. Inilah yang dinamakan freedom of choice di Sarawak. Cina tak paksa melayu makan babi dan melayu tak larang cina jual babi. Masing-masing berusaha untuk memperbaiki taraf hidup.Persefahaman yang kukuh itu terhasil daripada pererimaan terbuka semua kaum untuk memahami kehendak pelbagai etnik.

10. Apakah mungkin Sarawak akan menjadi negara republik? Tiada raja, berkerajaan sendiri dan bebas dari cengkaman jajahan Malaya? Perlukah pertumpahan darah sekira kita menuntut merdeka? Bersediakah Sarawak untuk berkerajaan sendiri dan menghentikan pemerintahan diktator? 48 tahun dalam jajahan Malaya dan 20 tahun dalam pemerintahan diktator cukup menyusahkan rakyat Sarawak yang sepatutnya menikmati hidup yang berkelimpahan dari hasil buminya tanpa diekspoitasi oleh orang lain.

No comments:

Powered By Blogger