Pergi, jangan tak pergi. Pangkah Orang Lama keluar dari ADUN Sarawak. Awang Tengah sekali kasi tendang sama dia. Jangan kita hari ini cakap macam ini tapi esok cakap lain pulak. Sedang kita memangkah kertas undi ingatkan diri sendiri tentang satu perkara penting: 30, 40, 50 tahun dah awak pangkah lambang yang sama tapi setiap tahun nasib orang kampung awak masih tidak terbela; makin celaka ada lah pulak. Apa kata awak pangkah lambang ayam, atau roket atau cacing pulak? Lepas tu kita tengok apa akan jadi. Kalau masih tak ada perubahan, kita berbalik kepada lambang Dacing Taib Mahmud. Bukan kita hendak lupakan dia sekaligus, tak, kita cuma nak try cuba uji testing sesuatu yang tak biasa kita buat.
Friday, April 15, 2011
Tranformasi Kerajaan Sarawak
Pada tanggal 16.4.2011 akan bakal mencatat sejarah negeri Sarawak, mungkin berlakunya perubahan pentadbiran kerajaan yang korup yang dikenali sebagai tranformasi kerajaan Sarawak....
BECAUSE, tuan-tuan dan puan-puan, selagi gang Taib mendapat majoriti besar selagi itu lah Taib tak akan berundur dari ofis Kepala Menteri Sarawak. Dia tak akan tewas di Kerusi Balingian. Sampai bila-bila pun dia tak akan tewas. Tetapi satu perkara kita boleh buat – jatuhkan orang-orang dia di kerusi masing-masing. Gagalkan dominasi dua-pertiga atau tiga-perempat. Kesurutan majoriti dalam bentuk ini akan memberikan tamparan hebat kepada dia. Rasa hormat Najib dan BN Malaya pada dia pun akan surut, dan ini sekaligus akan memberikan sense of kesurutan kepada dia… dan dia pun akan surut dengan sendiri nya dari politik Sarawak yang kian menyurut. Minta maaflah kepada YB-YB Taib yang akan kita gulingkan semasa pilihanraya nanti. Kita bukan nak kenakan budak-budak tu, kita nak akhirkan zaman pemerintahan bapak budak tu. Percaya lah, ini lah satu taktik yang terbaik yang kita boleh fikirkan setakat ini. Kalau nak harapkan Baru Bian bertanding satu-lawan-satu dengan Taib, atau Anwar Ibrahim sekali bertanding melawan Taib, tak akan gugur Tok Uban di Bumi Kenyalang. Semakin bertambah ramai pulak bini dia nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sAYA AKAN MASUKKAN ARTIKAL INI DALAM BLOG SAYA HARI INI
ok, terima kasih wasiat pejuang!
Post a Comment