BLOG INI TELAH DI KUNJUNGI PELAWAT DARI NEGARA - NEGARA BERIKUT

free counters

Total Pageviews

Sunday, February 20, 2011

Olof Palme,sosialisme dan realiti hari ini.

Dalam dingin 28 Februari 1986,pemimpin Sosial Demokrat dan Perdana Menteri Sweden,Olof Palme ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali.Olof Palme,yang terkenal dengan ketegasan menentang hegemoni Amerika dalam benua Eropah,terkenal sebagai seorang sosialistas revolusioner tanpa militer di Eropah Barat.

Dengan revolusi reformisnya,dasar-dasar ekonominya jelas dan terang tanpa berbelah bahagi,tanpa mengikut Marxis,Stalinis atau Troykis,Olof Palme tetap dengan garis panduan sosialis demi kemakmuran negara Sweden.

Ingin sekali saya menyentuh tentang kerelevanan sosialis dengan situasi ekonomi dunia pada masa kini,Olof Palme jelas sekali mengagih-agihkan kekayaan negara Sweden kepada rakyat,kerana rakyat yang paling berhak menikmati kehidupan yang selesa,bukannya segelintir golongan komprador lintah penghisap darah.

Situasi ekonomi yang ada pada hari ini adalah kerana budaya kita yang "biar papa asal bergaya",dan melupakan fungsi asal barang-barang yang kita miliki.Kita prefer makan di restoran mewah,dengan seketul daging kecil,dihias dengan warna-warna kerana kelihatan "presentative",sehingga kita sanggup membayar harga yang tinggi untuk secebis daging itu.Hotel-hotel diberi gred bintang,sedangkan fungsi asal hotel itu untuk tempat beristirehat,bukan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan.

Saya sedikit pun tidak ada rasa belas kasihan kepada golongan pemilik banglo mewah di Bukit Antarabangsa,sedikit pun tidak.Niat asal mereka membina rumah-rumah di atas bukit-bukit jelas mahu menunjukkan kemewahan mereka,empayar kecil mereka,bahawa mereka seolah-olah memiliki harta-harta Tuhan.

Hari ini saya melihat ramai masyarakat kita membeli kasut hanya kerana jenama bukan kerana fungsi.Fungsi asalnya untuk melapik kaki kita dari tanah,bukan untuk menunjuk-nunjuk.Semahal mana kasut itu pun,tempatnya di tanah.Letak la I-pod,pelapik sejuk dan kontur kaki,akhirnya secebis getah itu akan dibuang dan dibeli baru.

Masalah ekonomi ini berlaku kerana kita gemar indulge diri kita dengan kemewahan.Kita tidak pernah berfikir tentang 30 peratus warga Afrika tidak ada sepatu sedang kita membeli kasut Nike.Kita tidak pernah terfikir setiap hari kanak-kanak mati kelaparan kerana malnutrisi sedang kita menikmati makanan mewah di hotel-hotel.

Olof Palme sanggup mengembara di negara-negara dunia ketiga,melihat kemiskinan dan kesengsaraan dengan mata sendiri,bagaimana kaum komprador membuli rakyatnya sendiri,diatas itu sekelompok kelompok kapitalis yang mahu memperkayakan diri mereka yang sedia kaya.

Olof Palme mungkin tidak sepopular Che Guevara,Castro,atau golongan revolusioner yang berjuang demi golongan marhein.Mungkin di kalangan sosialistas Olof Palme tidak begitu dikenali.Tetapi beliau adalah orang pertama yang meletakkan tapak sosialis di Eropah Barat.

Hari ini PM Britain Gordon Brown mengarahkan Bank of England(BOE) menurunkan kadar faedah kepada 3.5 mata,manakala Fed di Amerika sehingga 0 mata.Sosialis bakal sekali lagi berdiri gah.

Hari ini ada bunyi-bunyi pelbagai sistem ekonomi.Sistem ekonomi Islam,sistem ekonomi bersepadu,macam-macam.Namakan apa sekalipun,dolar,ringgit,rupiah atau dinar emas sekalipun,motifnya hanya keuntungan dan keuntungan akan terus indulge diri kita sehingga kita lupa diri.Itu yang berlaku kepada khalifah Abd-ar-Rahman yang membazirkan dinar emas rakyat kepada kota Medina Az-Zahra untuk gundiknya yang tercinta.Kita selalu dialun-alunkan oleh pak imam,sheikh,dan sebagainya tentang sistem ekonomi Islam tetapi kepincangannya tidak pernah dibincang.

Ada rakan saya berkata dalam sistem ekonomi Islam tidak ada cukai,1/5 dari hasil bumi adalah percuma,dan sebagainya.Jika tiada cukai,bagaimana ingin membiayai kebajikan rakyat sedangkan kerajaan tidak ada wang?Bagaimana ingin mentadbir kalau urus tadbir birokrat tidak ada wang?Dari mana?Zakat?Zakat untuk fakir miskin.1/5 dari hasil bumi adalah percuma,bagaimana jika negara itu tiada hasil bumi?Kita ada beberapa negara,Singapura,Monaco,bahkan sebuah negara Islam Maldives pun tidak ada hasil bumi.Bagaimana?

Retorik-retorik oleh pak sheikh ini,bak kata Ezreen "seperti pakcik pakai kopiah suka cakap kuat-kuat" ini sebenarnya mahu dana kewangan negara terus disalurkan kepada mereka,dalam bahasa yang lebih kurang ajar tapi mudah difahami,"membeli kuasa dengan agama,untuk wang dan keuntungan".Jika tidak,bagaimana kerajaan Islam Pas Kedah tidak sanggup menolak projek khinzir di Bukit Silambau?Atau terus merosakkan muka bumi Kedah dengan memotong pokok-pokok hutan di kawasan Ulu Sungai Muda,di kawasan tadahan air.

Dalam sosialisme harta bumi ialah harta rakyat.Tidak ada percentage 1/5 atau sebagainya.Cukai dikenakan ke atas golongan kaya,supaya dapat diagihkan sama rata.Bukan kerana mahu memupuk sifat kemalasan,tetapi mahu membentuk sifat bantu-membantu di kalangan masyarakat.Sosialisme tidak menentang perniagaan,tetapi menentang sifat tamak.Tidak kira apa sekali matawang itu,tamak itu akan terus ada,termasuk dinar emas.Dan ia hanya akan menampan inflasi,selebihnya akan berlaku defisit dalam wang rakyat,kerana si tamak haloba sudah habis mengikis emas.

Ada yang berkata Pas dari dulu hingga kini komited dengan Islam,tetapi bila sudah dapat kerajaan Kedah,apa sudah jadi?

Olof Palme bukan beragama Islam,tetapi jika beliau mahu lakukan sesuatu,beliau akan wujudkan referendum kepada rakyat Sweden,sama ada setuju atau tidak.Hak dikembali kepada rakyat,tanpa soal.Tapi Azizan Abdul Razak?

Walaupun bukan beragama Islam,contohilah sifat amanah Perdana Menteri Sweden ini,Olof Palme.

Pada saat kematiannya,beliau hanya mati di pangkuan isterinya,kerana tidak mengupah sekuriti melindunginya.Beliau sosialistas yang berani berhadapan dengan bahaya.Itu baru pemimpin namanya.

Sumber Aktikel:
http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2008/12/olof-palmesosialisme-dan-realiti-hari.html

No comments:

Powered By Blogger