BLOG INI TELAH DI KUNJUNGI PELAWAT DARI NEGARA - NEGARA BERIKUT

free counters

Total Pageviews

Monday, November 8, 2010

Apsal ada pelajar islam kat dalam tu? (Sekolah Mubaligh Kristian Sarawak)

Sebab di Sarawak, orang Melayu boleh hidup sama dengan kaum lain seperti Cina, India dan tentu sekali semua kaum Dayak tak kira Iban ke, Bidayuh ke, Ulu ke. Kalau pergi ke food court boleh jumpa orang Melayu dalam kumpulan orang Dayak dan Cina dan sebaliknya. Orang India sini ramai boleh cakap Hokkien. Orang Melayu boleh bercakap Iban. Orang Cina boleh bercakap Sarawak dan Orang Dayak boleh bercakap macam orang Semenanjung. Sana orang tak heran dengan 1Malaysia sebab kitaorang dah hidup macam tu sejak dulu lagi. Sebab itu, sekolah mubaligh sekalipun ramai orang Melayu yang masuk sebab TIDAK ADA ISU. Cikgu sekolah tak paksa budak Melayu masuk Kristian atau sembah Jesus. Dan takde yang halang budak Melayu berpuasa atau menunaikan solat ataupun nak pakai songkok atau tudung. Sekolah mubaligh tu wujud dari masa zaman british dan sekolah sekolah ni kekal sehingga sekarang kerana dari dahulu lagi orang british mengajar SEMUA bangsa dan agama dalam pendidikan akademik, bukan keagamaan. Agama masing-masing adalah hak masing-masing. Bila British pergi, tradisi dikekalkan TETAPI diterapkan dengan sistem pendidikan kita sebab itu, sekolah mubaligh sekalipun ada surau dan kelas agama. Sebab itu orang Melayu Sarawak tak heran hantar anak2 mereka ke sekolah mubaligh.

Orang Sarawak kebanyakan lebih senang bila merantau ke luar Sarawak sebab kita biasa bercampur dengan orang yang berbeza agama dan bangsa. Orang Sarawak bekerja di Semenanjung boleh belajar cakap macam orang setempat dalam masa beberapa tahun sahaja. Tak kira la di Kelantan ke, Kedah ke, 'Ganu ke, Penang ke, Perlih ke, Johor ke. Semua diaorang belajar. Sampai makanan pun mereka adapt. TETAPI orang Semenanjung yang bekerja di Sarawak, nak makan pun pikir bersih tidak. Orang sini tak heran tengok warung satay duduk sebelah warung bak kut teh bang. Siap boleh order hantar sebelah lagi. SATAY hantar sebelah OK? Never the other way round sebab orang Cina pun tau respect orang Islam tak makan khinzir. Tapi yang Cina pun nak juga makan satay. Orang Melayu yang makan di warung satay tak muntah, tak kutuk pun apek makan bak kut teh. Dari segi bahasa, ada orang Semenanjung bertahun-tahun bekerja di Sarawak, ramai yang langsung tak reti cakap Sarawak ataupun menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Cakap dengan waiter pun guna bahasa semenanjung sebab katanya 'itulah Bahasa Malaysia' walaupun hakikatnya tak nak belajar sebab ego, sebab dia rasa Semenanjung Malaysia tu la Malaysia. Ye la...kan orang selalu kata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak? Semenanjung tu tolak tepi, ambik Malaysia je.

Kes cikgu rotan budak sebab membawa nasi goreng bersosej babi ke sekolah adalah serius sebab ianya menyalahi hak budak itu dan juga ibu bapanya. Dia bukan orang Vietnam, bukan orang Thailand, bukan CINA PUN! He is a native Sarawakian! If he wants to eat pork in his school during his recess, selama sekolah itu bukan sekolah agama, THAT IS HIS RIGHT! Dia bukan Islam dan dia boleh makan. JADI kenapa rotan dia? 


OLD THOMIAN
Sarawak.

No comments:

Powered By Blogger